GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Laporan Polis Oleh Wira PERKASA Malaysia Terhadap Anwar Ibrahim dan Saifudin Nasution

Monday, March 29, 2010






Pada 27hb Mac semasa Perhimpunan Pribumi PERKASA yang berlangsung di dewan Tun Razak PWTC, Pimpinan Wira PERKASA Malaysia yang di ketuai oleh Ketua Wira PERKASA Saudara Armand telah berarak bersama sama dengan AJK Wira dan juga Ahli PERKASA ke balai Polis Sentul bagi membuat laporan Polis terhadap Anwar Ibrahim dan juga Saifulddin Nasution.

Laporan Polis telah di buat oleh 13 ketua Wira PERKASA Negeri terhadap Anwar Ibrahim yang mana kami PERKASA meminta pihak Polis untuk menyiasat Dakwaan Anwar Ibrahim yang telah di nyatakan oleh YB Zahrin Anwar telah menggunakan Nama YDP Agong bagi merampas kuasa dari kerajaan yang ada serta mengaitkan dengan Pangima Angkatan Tentera bagi merampas kuasa.

Laporan Polis juga telah di buat terhadap Saifudin Nasution Ahli Parlimen Machang yang mana telah menghina Mahkamah dengan manjaja kes Liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim dan juga mangsa liwat Saiful bukhari Azlan.

Tindakan Saifudin Nasution ini yang mengedarkan risalah yang kononya laporan perubatan PUSRAWI bahawa Saiful tidak diliwat mmerupakan satu penghinaan kepada mahkamah kerana kes Liwat ini masih berjalan dan laporan berkenaan juga merupakan satu bukti pembelaan dari pihak Anwar.

Laoran terhadap pengedaran VCD Yusof Qadarwi juga di buat memandangkan pihak PKR dan Pakatan yang lain telah mengedarkan VCD berkenaan yang kononya Yusof Qadarwi menyatakan Anwar tidak bersalah dan telah di Fitnah.

Kami WIRA PERKASA mempunyai salinan penuh VCD berkenaan yang mana setelah di tonton vcd berkenaan di dapati VCD yang di edarkan oleh PKR adalah salinan yang telah di sunting kenyataan penuh Yusof Qadarwi.

Salinan Rakaman Penuh Ucapan Yusof Qadarwi juga telah kami serahkan kepada pihak Polis untuk di ambil tindakan selanjutnya bagi menyiasat hal ini.

Kami WIRA PERKASA akan sentiasa berdiri teguh di bawah naungan Raja Raja Melayu bagi menghalang sesiapa sahaja yang cuba menodai istitusi Raja Raja.

Kami juga akan mempertahankan Malaysia ini dari sebarang anasir ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan keamanan rakyat yang berblang kaum ini.

H.O.M.
Hak Orang Melayu

0 comments:

Post a Comment

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP