GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Wasiat Raja Raja Melayu

Wednesday, September 29, 2010

Wasiat Raja Raja Melayu Yang Telah Di Maktubkan Pada 31 Ogos 1957


Kami namakan dan panggil akan dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, persekutuan Tanah Melayu,(Sekarang di kenali dengan Nama Malaysia)


Kami Istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama sama kaum lain.


Bagi menjaga dan melindungi anak anak kamu, harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


Kami Kekalkan dan Kami Jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja Raja Melayu memerintah Negara ini.


Kami tetapkan Islam ialah Agama Persekutuan.


Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah bangsa Melayu dan


Kami amanahkan dan kami pertanggungjawapkan kepada Raja Raja Melayu untuk melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum kaum lain ( Kemudian di tambah kedudukan istimewa anak negeri sabah dan sarawak)

HOM
Hak Orang Melayu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Laporan Polis Terhadap Paderi Dari Sarawak Yang Menghina Islam dan Nabi SAW

Monday, September 27, 2010

Kuala Lumpur 27 September:
Pagi tadi jam 11am bertempat di Balai Polis Dang Wangi satu laporan Polis telah di buat oleh Presiden Blogger Muslim Malaysia Tuan Mahaguru58 Blogspot. Turut mengiringi Blogger Mahaguru adalah Ketua Wira Perkasa Malaysia, Saudara Armand dan Juga Bendahari Wira Perkasa Saudara Wan.

Laporan Polis di buat ke atas Kuching Christian Preacher Benjamin Stephens yang mana dalam satu Klip Videonya telah menghina Islam dan juga Nabi Muhammad SAW junjungan kita.

Hal penghinaan sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam Malaysia memandangkan kita selama ini sentiasa bersikap bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Kebiadapan Stephens ini sungguh jelek sama sekali walaupun perbuatannya itu di lakukan di dalam Gereja di Kuching Sarawak.

Di harapkan Pihak KDN mengambil siasatan sepenuhnya hal ini dan jika terbukti Stephen Paderi ini melakukan kesalahan di minta agar tindakan undang undang di kenakan ke atasnya.

Semakin lama semakin biadap mereka ini dalam menjahankam Malaysia! Apakah kita masih tidak sedar? Bila kah titik pertemuan kita umat Islam di Malaysia akan bersatu?

Renung renungkanlah

HOM
Hak Orang Melayu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Jauhi Perkasa, selamatkah UMNO?

Dari Awang Selamat:

Apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa?

Awang lontarkan persoalan ini kerana ia sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu. Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa. Alasannya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1Malaysia.

Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing. Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa. Suka atau tidak, Perkasa menjadi sandaran baru kepada orang Melayu dan umat Islam. Dalam banyak isu melibatkan kepentingan bangsa dan agama, Perkasa lebih diyakini berbanding parti politik. Maka langkah menolak bulat-bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar. Hari ini, UMNO dapat bertahan di sebalik gelombang asakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, juga adalah antara lain disebabkan peranan NGO seperti Perkasa. Janganlah melihat Perkasa sebagai hantu jembalang - sebagaimana persepsi banyak parti bukan Melayu. Pada Awang, Perkasa bukanlah ultra rasis berbanding banyak NGO yang bertaut rapat dengan parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan.

Ketika parti-parti Cina saling lengkap melengkapi dengan NGO mereka, ada pemimpin UMNO yang mahu menolak Perkasa tanpa melihat daripada perspektif lebih besar. Awang tidak setuju sama sekali dengan pandangan bahawa Perkasa akan menggugat BN kerana dituduh rasis. Lakukanlah kajian menyeluruh. Hampir kesemua isu yang disuarakan oleh Perkasa adalah sebagai menyanggah tuntutan keterlaluan oleh pelbagai pihak tanpa menjaga sensitiviti orang Melayu dan prinsip dalam perlembagaan negara. Perkasa tidak pernah meminta lebih untuk orang Melayu walaupun ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina. NGO itu hanya mahu mempertahankan apa yang ada pada Melayu pada waktu ini kerana Melayu masih jauh ketinggalan. Apakah komitmen Perkasa menjunjung perlembagaan juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia? Awang agak aneh mengapa mesyuarat BN itu tidak mengambil pendirian yang sama terhadap NGO bukan Melayu lain. Semalam, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan rasa gembira dengan jaminan bahawa UMNO juga tidak akan menyokong Perkasa. Awang ingin bertanya apakah tanpa Perkasa, Gerakan boleh memberi jaminan bahawa majoriti bukan Melayu akan menyokong BN?

Pendirian masyarakat Cina menolak BN pada pilihan raya umum lalu masih belum berubah. Gerakan sendiri sampai hari ini hampir lumpuh dan parti itu tidak bekerja keras memulihkan sokongan bukan Melayu, sebaliknya asyik mencari alasan lapuk.

Pada Awang, pendirian UMNO untuk turut sama menjauhi Perkasa tidak akan membantu parti itu. Persoalannya, apa pilihan UMNO yang terpaksa menjaga sensitiviti parti komponen lain?

Atas kertas UMNO boleh menolak Perkasa tetapi risikonya ke mana sokongan NGO itu selepas ini? BN sendiri akan terjejas jika ramai pengundi UMNO pula menjauhi parti itu kerana mengikut haluan Perkasa. Jika itu berlaku, yang lebih rugi adalah UMNO. Dalam kita ghairah mahu mendapat sokongan bukan Melayu, janganlah mudah terjebak dengan percaturan yang silap. Awang khuatir, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Sokongan bukan Melayu adalah penting kepada BN namun pasak yang perlu dijaga adalah Melayu. Itu juga adalah asas kenegaraan yang bermula dengan kemurahan hati dan pengorbanan Melayu kepada kaum lain sejak sebelum merdeka lagi. Jika Perkasa dimusuhi, NGO itu dan Ibrahim tidak akan rugi apa-apa. Yang rugi adalah kuasa politik Melayu.

Awang melihat pilihan lain yang ada pada BN ialah semua parti komponen mesti komited mempertahankan perlembagaan dan akur kepada kontrak sosial. Jika itu boleh dipersetujui, Awang percaya Perkasa dengan sendirinya akan terpinggir daripada perhatian orang Melayu. UMNO juga perlu lebih kelihatan membawa agenda Melayu sebagaimana yang terus dijuarai oleh DAP, MCA, Gerakan dan MIC untuk melonjakkan kaum masing-masing.

Dalam UMNO perlu memikul cabaran mengetuai keluarga besar BN yang bererti mengurus kehendak pelbagai komponen, hakikatnya parti itu selama ini kuat adalah kerana agenda Melayu. Persoalannya lagi apakah parti komponen BN yang lain akan akur. Inilah cabaran besar UMNO. Yang pasti, orang Melayu kini memerhatikan tindak-tanduk UMNO dan akan membuat penentuan apabila tiba masanya. Mungkin pada waktu itu nanti, segala-galanya sudah terlewat bagi UMNO untuk mendengar suara kaumnya sendiri. Sangat terlewat
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Ayuh Kita Bersama Anak Anak Melayu Kelantan

Friday, September 24, 2010

Esok Sabtu 25hb September Bertempat Di Stesyen Kereta Api Pasir Mas Jam 3.30 Petang!

Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia

Ayuh Kita bersama Menjayakannya!

HOM
Hak Orang Melayu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Kunan dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu

Tuesday, September 21, 2010

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PENAWAR) melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengutuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan NGO Melayu sebagai rasis dalam memperjuang hak Melayu dan bumiputera.

Presiden PENAWAR Tan Sri Adam Kadir berkata dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu hari ini menuntut Tengku Adnan supaya memohon maaf kepada PERKASA dan NGO Melayu.

"Sekiranya Tengku Adnan enggan memohon maaf, pihaknya akan menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai setiausaha agung Umno," katanya dalam satu kenyataan tiga perenggan di Kuala Lumpur hari ini.

Adam berkata mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara mendesak Umno supaya bekerjasama dengan PERKASA dan semua NGO Melayu yang memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Pada 8 Sept lepas, Tengku Adnan dilaporkan berkata UMNO perlu menjauhi daripada PERKASA yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.

Selain itu, beliau mendakwa Umno tidak menyokong PERKASA mahupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

--Bernama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

MCA DAN MIC PERLU TEGAS MENOLAK SUQIU, DING ZONG, JIAO ZONG DAN HINDRAF

Wednesday, September 15, 2010




GWM tidak mahu menyentuh isu Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat komponen BN yang telah sebulat suara menyatakan UMNO menolak PERKASA. Agak luarbiasa kerana Perdana Menteri yang seharusnya mempengerusikan mesyuarat komponen BN dan memberi kata putus.

GWM juga tidak mahu menyentuh isu Nazri Aziz menyokong penuh UMNO menolak PERKASA yang dianggap sebagai badan ekstrimis orang Melayu. Seorang Melayu yang pernah merangkap Ketua Pemuda UMNO suatu ketika dahulu yang cukup gagah kini semakin lelah dan lemah.

GWM juga tidak sesekali ingin menyentuh Khairy Jamaluddin ...... suara budak hingusan yang mendambakan jawatan Perdana Menteri sebelum mencecah umur 40 tahun.

Kesemua di atas sudah berlaku dan berlalu. The damage has been done! Let bygone be bygone!

Setelah sebuah badan bebas NGO Melayu ditolak sejauh jauhnya oleh UMNO dan BN. Sudah tiba masanya MCA dan MIC wajib menolak badan badan NGO bukan Melayu jauh dari sisi perti masing masing.

MCA dan MIC wajib mendesak para pemimpinnya untuk membuat satu press conference dan press statement untuk menolak sama sekali kewujudan Jiao Zong, Dong Zong, Suqiu dan Hindraf. Malah apa juga pertubuhan yang dilihat mencabar hak dan keistimewaan Islam dan Orang Melayu.

Siapa yang tidak mengenali pertubuhan Cina dan India seperti yang telah disebutkan di atas?

Keempat empat pertubuhan NGO ini adalah ekstrimis, chauvinist dan mempunyai unsur unsur communist dalam perjuangan mereka.

Apakah kenyataan GWM di atas berbaur perkauman dan tidak mempunyai asas kukuh dan bukti menunjukkan pertubuhan pertubuhan 'haram jadah' ini juga berbaur perkauman.

Lupakah MCA dengan tuntutan Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina) dan Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina) yang terus terang menolak Sekolah Wawasan dan masih berdegil dengan konsep vernacular mereka?

Pertubuhan ini yang tetap angkuh dan sombong dengan sekolah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, langsung tidak membantu ke arah perpaduan nasional yang hakiki.

Lupakah MCA dengan Suqiu (Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan Persatuan Cina Malaysia)? Apakah MCA juga sudah bebal dan nyanyok atau sengaja melupakan dengan 83 tuntutan yang tidak munasabah.

Pertubuhan ini yang telah mendesak Kerajaan untuk menghapuskan sistem kuota untuk kemasukan universiti, mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputera dalam semua bidang baik ekonomi mahupun politik, menghapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.

Yang cukup nyata kesemuanya tuntutan di atas sudah termasuk di dalam perkara 153 dan tidak boleh dipertikaikan serta dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

MIC juga patut menyatakan pendiriannya dengan pertubuhan haram Hindraf.

Apakah MIC juga turut mengalami sindrom Parkinson Disease sehingga lupa kepada 18 tuntutan Hindraf yang juga termasuk didalam perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan?

Lupakah MIC kepada rempuhan haram pertubuhan ini ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri sewaktu Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri?

MCA dan MIC perlu menyatakan pendirian mereka dengan jelas terhadap pertubuhan pertubuhan ini.

MCA dan MIC perlu mengikut jejak langkah UMNO untuk turut serta menolak bulat bulat badan badan NGO ini supaya tidak dikaitkan juga dengan parti masing masing.

Persoalannya ... apakah MCA dan MIC masih mempunyai kejantanan untuk berbuat demikian?

Atau kedua dua parti ini akan menyorok di bawah karpet dan mengunci mulut masing masing dari membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung dengan desakan ini.

GWM menuntut MCA dan MIC untuk turut serta menolak badan badan NGO ini secara rasmi di dada akhbar rasmi dan portal portal alam maya.

Jika tidak, GWM menganggap kedua dua parti ini, MCA dan MIC sebagai bacul dan bersubahat dengan fahaman dan tuntutan ekstrimis yang dibawa oleh pertubuhan ini.

GWM juga merayu kepada blogger blogger pembela negara malah kepada mana mana blogger pro kerajaan untuk turut serta memainkan isu bagi mendesak kedua dua parti ini untuk menyatakan pendirian mereka.

Sekalipun desakan ini tidak akan disambut oleh MCA dan MIC, sekurang kurangnya kita telah menyatakan pandangan kita dan memberi keadilan kepada PERKASA yang telah banyak membantu mempertahankan dan memperkasakan maruah Islam dan orang Melayu.


MELAYU ATAS PAGAR
Blogg Gelombang Wangsa Maju

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Read more...

Sekitar Program Bubur Lambuk Wira Perkasa Di Pangsapuri Vista Perdana Subang

Saturday, September 4, 2010

Hari ini program Bubur Lambuk di jalankan di Vista Subang Ara Damansara bersama penduduk Pangsapuri Vista Subang hasil sumbangan Saudara Shahrul Danish.

Sambutan dari penduduk setempat sungguh memberangsangkan bersama sama membantu Wira Perkasa dalam memasak bubur lambuk dan di edarkan kepada penduduk setempat.

Tahniah kepada barisan Wira Perkasa hari ini yang menjayakan program Bubur Lambuk.

HOM
Hak Orang Melayu

Azri

Read more...

Program Bubur Lambuk Wira Perkasa Mendapat Tempat Di Hati Rakyat

Petang semalam bertempat di Damansara Program memasak bubur lambut di jalankan oleh Wira Perkasa yang mana Bubur lambuk sebanyak 2 periuk ini di sumbangkan oleh Saudara Shahrul Danish AJK Wira Perkasa.

Selesai pembungkusan Bubur lambut ahli wira Perkasa yang di ketuai Saudara Armand Ketua Wira Perkasa Malaysia mengagihkan kepada rakyat yang berada di sekitar Pasar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail Damansara.

Dalam pada itu juga Wira Perkasa turut menyumbangkan Bubur Lambuk kepada Anggota Bomba Balai Bomba Damansara Utama.

Hari ini program Bubur Lambuk juga akan di jalankan di Vista Subang Ara Damansara bersama penduduk Pangsapuri Vista Subang hasil sumbangan Saudara Shahrul Danish.

Kepada mereka yang berkesempatan esok boleh lah hadir untuk bersama Wira Perkasa dalam amal Ibadat di bulan Puasa ini.

HOM

Hak Orang Melayu

Azri

Read more...

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP