GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Malott Tolol Tuduh PERKASA Militan

Wednesday, July 21, 2010

Presiden Pertubuhan Pribumi PerkasaMalaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan bekas duta Amerika ke Malaysia John R Malott bahawa pertubuhan itu sebuah kumpulan militan dalam rencana di akhbar The Wall Street Journal, sebagai satu "tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab."

"Saya anggap dia (Malott) tolol. Tulisan itu tidak betul dan dia seorang bekas diplomat yang berani membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Dia (Malott) gila mengatakan PERKASA adalah kumpulan militan," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau diminta mengulas rencana Malott berjudul "What Anwar's Trial Means For Malaysia" di muka surat 15 akhbar itu, yang antara lain menyatakan "Satu kumpulan militan baru dikenali sebagai PERKASA, yang mendakwa bahawa hak orang Melayu sedang terancam oleh golongan minoriti China dan India, mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota parti pemerintah yang lain."
Ibrahim, berang dengan tuduhan itu, menegaskan bahawa PERKASA merupakan pertubuhan sah bagi membela bangsa Melayu dan bukan militan yang menggunakan senjata dalam perjuangannya.

"Kita tidak ada kena mengena dengan militan. Walaupun kita badan yang lantang, banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) lain yang lantang," katanya yang membaca dakwaan Malott itu pagi semalam.
Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas berkata Malott telah memalukan rakyat Amerika dengan melemparkan tuduhan sedemikian terhadap PERKASA.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP