GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Apa Itu Melayu?

Thursday, October 21, 2010

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya


Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!


Yg ikhlas
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Msia

HOM
Hak Orang Melayu

Read more...

Allah Selamatkan Presiden Perkasa

Sunday, October 17, 2010

Salam. Ybhg Timbalan Presiden dgn segala hormatnya menjemput kepimpinan PERKASA dan ahli PERKASA ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin serta Doa Selamat buat YB Dato' Presiden yg akan menjalani Pembedahan Pintasan Jantung. - Pada 17/10/10 (AHAD) Masa - 6.30 ptg - Lokasi di DE PALMA HOTEL, AMPANG..bersama2lah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan YB Presiden..

HOM
Hak Orang Melayu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Tanda Tanda Kematian

Thursday, October 14, 2010

TANDA2 KEMATIAN 

BACALAH DENGAN TELITI!!!

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

 

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Kenyataan Rasmi Wira Perkasa Terhadap Pemuda MCA Ka Siong

Sunday, October 10, 2010

Kenyataan Media : Perkasa persoalkan siapa kumpulan dgn digelar wira negara oleh Ka Siong di Mesyuarat Agung Pemuda MCA semalam? Kumpulan berfikiran primitif dakwaan ka siong.

Siapa kumpulan ini? Adakah kumpulan Raja-Raja Melayu? Adakah Perkasa atau NGO-NGO Melayu lain. Apakah isu yg ditekankan oleh Raja-Raja Melayu iaitu berkaitan hak-hak Melayu itu dianggap tindakan primitif oleh ka siong? Apakah isu yg ditekankan oleh Perkasa iaitu berkaitan hak-hak Melayu itu dianggap tindakan primitif? Ka siong faham tak tindakan primitif tu mcm mana? Mereka yg bertindak primitif adalah mereka yg hidup diwaktu sesebuah negara yg tiada undang2 dahulu yg bertindak kejam terhadap pihak lain.

Apakah dengan menegaskan atau mengingatkan mana2 pihak menghormati hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera yg termaktub dalam Perlembagaan Negara dianggap satu tindakan primitif? Baru2 ini Tuanku Sultan Johor dan Tuanku Sultan Selangor telah betitah dengan mengingatkan sesetengah pihak supaya menhormati Perlembagaan Negara dan jgn mempersoalkan hak istimewa org Melayu dan Bumiputera. Gesaan dari Tuanku Sultan Johor itu telah dikritik secara terang2an oleh seorang pemimpin Hindraf dengan begitu biadap sekali. Perkasa merasakan kenyataan Ka siong tiada bezanya dgn kritikan pemimpin Hidraf terhadap Tuanku Sultan Johor.Tindakan Diam Ka Siong seperti menyokong kenyataan pengkhianat Negara Iaitu Hindraf, Sedangkan Beliau Drpd Negeri Johor.

Hanya Ka Siong tidak menyebut secara terang nama Tuaku Sultan Johor dan Sultan Selangor tetapi Ka Siong gunakan perkataan 'kumpulan'. Kalau Ka Siong nafikan kenyataan beliau ditujukan kpd Sultan Johor dan Sultan Selangor maka Ka Siong kena namakan kumpulan mana beliau maksudkan. Kalau Ka Siong kata dia tujukan kpd Perkasa, maka pada kami, Ka Siong juga tujukan kenyataannya kepada Raja-Raja Melayu kerana tiada bezanya desakan Perkasa dan YAM Tuanku Sultan Johor, YAM Raja Nazrin dan YAM Tuanku Sultan S'gor dalam isu hak keistimewaan orang Melayu.

Kepada Ka Siong Perkasa inginkan agar mohon maaf secara terbuka. Kami marah Sultan Melayu kami dihina sebegini rupa. Biadap dan darhaka. Adakah kamu benar2 ingin kami bertindak secara primitif? Kami tidak mahu bertindak begitu krn kami tahu Negera ini ada undang2. Kami menghormati undang2 dan Perlembagaan Negara dan kami mahu semua rakyat menghormati undang2 dan Perlembagaan Negara. Tapi tahap kesabaran kami juga ada hadnya.

Mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu adalah antara matlamat penubuhan Perkasa. Jgn biadap. Jgn kacau hak kami. Kami beri amaran keras terhadap Ka Siong buat kali terakhir. Jgn cabar Perkasa

Saudara Armand Ketua Wira Perkasa Malaysia

HOM
Hak Orang Melayu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Siapa Azmin Ali?

Thursday, October 7, 2010

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah meminta semua anggota PKR menolak Azmin Ali sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa Kamil Ayub.

Ini kerana, menurut Arman Azha, Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha (kiri).

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut keputusan pencalonan yang telah diketahui, beliau agak di belakang dengan 17 pencalonan. Azmin pula jauh mendahului dengan 102 pencalonan dan Zaid sebanyak 38.

Turut dicalonkan ke jawatan itu Pengarah Strategik PKR Tian Chua, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada pemberita selepas mengiringi Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) membuat laporan polis berhubung isu kenyataan 'rasis' di balai polis Sentul di Kuala Lumpur, Arman Azha juga menyelar Azmin kerana didakwa mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Baru setahun jagung jadi wakil rakyat, beliau (Azmin) harus prihatin. Dr Mahathir telah 22 tahun menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan cuba mencampuri urusan dalaman PKR.

Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Gombak, Azmin dilaporkan berikrar akan melawan habis-habisan PERKASA dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu yang kini 'tersungkur' di Australia.

Ketika ditemui pemberita selepas itu,Azmin dilaporkan mengakui pemimpin yang dirujuknya itu adalah Dr Mahathir yang juga penasihat PERKASA.

Azmin juga menyatakan, perkataan tersungkur itu langsung tidak kasar tetapi sebaliknya amat sesuai dirujuk kepada pemimpin berkenaan.

HOM
Hak Orang Melayu

Read more...

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP