GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Sumbangan Bubur Lambuk Sekitar Subang Oleh Ketua Wira Perkasa

Tuesday, August 31, 2010

Petang tadi Ketua Wira Perkasa saudara Armand bersama barisan Wira Perkasa Subang menyempurnakan sumbangan Bubur Lambuk kepada penduduk sekitar subang di Pasar ramadhan Paya Jaras dan Kota Damansara.

Moga aktiviti sebegini akan dapat di teruskan lagi di masa masa mendatang.

HOM
Hak Orang Melayu

Read more...

Wira PERKASA Mengecam Tindakan DAP Yang Mencemarkan Kesucian Rumah Allah

Sunday, August 29, 2010


Armand Ketua Wira PERKASA bersama beberapa barisan Exco Wira PERKASA dan Ahli PERKASA ke Surau AL Huda Kajang



Wira PERKASA juga turut memyumbangkan RM1000 kepada pihak Surau berkenaan dan MEMINTA pihak Surau memulangkan balik Wang yang di Beri oleh Adun DAP Kafir sebelum ini.



Memo Bantahan dan Kecaman kepada Imam dan AJK Surau Berkenaan Di bacakan dan di serahkan kepada wakil Surau berkenaan.



Armand Dalam Sidang Media Menyatakan PERKASA menentang sikap segolongan ahli Politik yang menjadikan Rumah Allah sebagai kempen meraih undi Politik.


Baru sebentar tadi Armand Ketua Wira PERKASA Malaysia dan Exco Wira serta beberapa ahli Wira PERKASA hadir ke surau Al Huda Kajang

Wira PERKASA menyerahkan memorandum bantahan kepada Imam dan AJK surau Al Huda Kajang yang tercetus Kontroversi isu Adun DAP bukan Islam yang masuk mencemarkan rumah Allah itu.

Ketua Wira PERKASA, saudara Armand juga turut menyerahkan wang RM1000 kepada pihak surau Al Huda tersebut dan meminta pihak Surau Memulangkan semula wang RM1000 yang telah di serahkan oleh Si Kafir DAP kepada pihak surau sebelum ini.

Wira PERKASA mengharapkan agar selepas ini tidak ada lagi kejadian seumpama ini berlaku dalam Negara kita bila mana Rumah Allah di jejakkan kaki oleh Si Kafir masuk Tampa menutup aurat. Hal ini sepatutnya tidak berlaku apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Read more...

Program Wira PERKASA Selangor Meraikan Warga Kurang Bernasib Baik

Saturday, August 28, 2010


Sumbangan Beras Kepada Warga Kurang Bernasib Baik yang di sampaikan oleh Ketua Wira PERKASA Saudara Armand.





Ketua Wira PERKASA Selangor saudara Mohd Nor Safar memyerahkan Sumbangan Raya kepada Warga Emas.

Semalam berlangsungnya majlis berbuka puasa meraiikan warga Tua dan mereka yang kurang bernasib baik merangkumi Ibu Tunggal dan anak anak yatim di Restoran Melawati Taman Melawati anjuran Wira Perkasa Selangor yang di pimpin oleh Saudara Mohd Nor Safar dan di jayakan juga oleh Ketua Wira PERKASA Malaysia Saudara Armand.

Majlis berbuka puasa itu di hadiri kira kira 3o keluarga yang kurang Bernasib baik dan juga Ahli PERKASA.

Di harapkan semoga selepas ini akan terus ada aktiviti sebegini dalam meraiikan mereka yang kurang bernasib baik. Wira PERKASA juga mengucapkan Terima Kasih kepada Presiden PERKASA Tok Him kerana sudi hadir dan turut menjayakan Majlis yang di jalankan.

H.O.M
Hak Orang Melayu

Read more...

Kediaman Duta Besar Malaysia Pula Jadi Sasaran

Thursday, August 26, 2010

Setelah melempar najis manusia ke dalam kawasan kedutaan besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu, kumpulan penunjuk perasaan yang sama mengugut untuk berbuat demikian di kediaman duta besar Malaysia pula.

Kali ini, penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) itu dilaporkan akan disertai kumpulan gabungannya yang menamakan diri sebagai Pemuda Pemudi Anti Malaysia.

Sementara itu, 25 penunjuk perasaan BENDERA merancang berdemonstrasi di hadapan Bank CIMB Niaga petang ini dan mengulangi aksi sama di pejabat Petronas kemudian.

Polis Indonesia yang mendapat maklumat mengenai rancangan demonstrasi haramdi hadapan kediaman duta besar Malaysia di Patra Kuningan, bertindak mengetatkan kawalan dengan menempatkan lebih 200 anggota di sekeliling rumah tersebut sejak 9.30 pagi tadi.

Sejak malam semalam, polis Indonesia telah menempatkan anggotanya bagi menjaga keselamatan di kawasan kediaman duta besar Malaysia itu.

Pada masa yang sama, polis Indonesia turut menempatkan ramai anggotanya di hadapan kedutaan besar Malaysia di Kuningan, sebagai persediaan menghadapi kumpulan sama, yang dilaporkan turut merancang mengadakan sekali lagi demonstrasi di situ.

Kedutaan besar Malaysia menghargai langkah yang diambil polis Indonesia dalam menjaga keselamatan di kawasan kediaman duta besar dan bangunan kedutaan.
Lima bungkus najis
Azri

Read more...

Apabila Melayu Enggan Bersatu

Sunday, August 22, 2010

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

APA lagi orang Melayu hendak katakan apabila MCA semakin lantang membuat tuntutan untuk meraih keuntungan politik daripada kalangan kaum Cina?

Apa lagi yang orang Melayu boleh buat apabila DAP hari demi hari semakin menunjukkan taringnya untuk menjadikan mereka juara kepada kaum Cina?

Apa yang boleh orang Melayu lakukan dalam menangani telatah itu? Apakah sekadar melahirkan kekesalan dan memberikan peringatan supaya hak orang Melayu jangan disentuh dan hak bumiputera jangan dicabuli.

Bagaimana pula dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa sudah ada pihak mewujudkan perlembagaan baru bagi memastikan hak orang Melayu dan Islam dihakis.

Penulis percaya kelantangan puak-puak yang ingin menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam itu tidak akan terhenti di sini sahaja. Banyak lagi yang bakal mereka lakukan terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Semua itu mereka lakukan demi mencari kuasa politik dan mahu memastikan sokongan kaum tertentu menyebelahi mereka.

Tetapi apa yang orang Melayu boleh lakukan? Akui sahaja tiada apa-apa yang boleh dibuat kerana orang Melayu masih berpecah belah.

Ketika MCA dengan terbuka menyatakan tidak keberatan untuk senada dengan musuh politik Barisan Nasional (BN) iaitu DAP bagi memperjuangkan nasib kaum Cina, parti-parti yang mewakili orang Melayu terus berbalah.

Ia jelas apabila Pas yang terang-terang sebuah parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu dan Islam tidak mahu senada dengan UMNO.

Bagi sesetengah pemimpin Pas seolah-olah satu dosa kalau mereka menyokong apa yang diperjuangkan oleh UMNO hatta demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam sekalipun.

Justeru apa sahaja yang UMNO perjuangkan dengan memikirkan situasi di mana parti-parti lain makin bersatu untuk kepentingan kaum mereka, ia akan dinafikan oleh Pas.

Malahan di Pulau Pinang, contohnya, ada pemimpin Pas tetap menganggap apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang dilihat menindas orang Melayu dan bumiputera adalah betul.

Begitu juga di Selangor, apabila ada pemimpin Melayu PKR dan Pas bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Phua agar diskaun kepada bumiputera dalam pembelian hartanah di negeri itu dihapuskan.

Semua gelagat ini bukan sahaja 'menggembirakan' MCA dan DAP malah memberikan mereka semangat untuk terus membuat tuntutan dan melakukan tindakan kerana mereka memahami bahawa orang Melayu yang berada di dalam Pas sama sekali tidak akan senada dengan UMNO.

Adalah sesuatu yang malang, apabila ketika UMNO terus bermati-matian mempertahankan orang Melayu dan bumiputera tidak dicabuli, pemimpin-pemimpin Melayu lain di dalam Pas dan PKR hanya mendiamkan diri.

Lebih mengecewakan, ada antara mereka akan tergamak menganggap UMNO rasis sedangkan apabila MCA dan DAP membuat tuntutan untuk kaum Cina, mereka berhujah ia demi keadilan.

Segalanya kerana kelompok-kelompok tersebut hanya memikirkan kepentingan politik. Mereka ingin meraih sokongan daripada kaum lain demi survival politik dan merebut kekuasaan.

Justeru dalam soal ini, orang Melayu perlu segera sedar bahawa selagi mereka tidak sekata dan senada dalam mempertahankan hak mereka, maka selagi itulah sedikit demi sedikit ia akan dicabuli dan dihakis.

Orang Melayu terutamanya di dalam Pas dan PKR perlu segera sedar bahawa sudah wujud keberanian luar biasa di kalangan kaum lain untuk membuat tuntutan berlebihan.

Mereka perlu faham bahawa telah ada kecenderungan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru yang bakal menyaksikan kedudukan orang Melayu sudah tiada apa-apa keistimewaan di bumi bernama Tanah Melayu ini.

Malahan mereka juga perlu mengerti bahawa sekadar amaran sahaja ia tidak akan melunturkan semangat sesetengah pemimpin di dalam MCA dan DAP untuk terus bermain dengan api.

Apa yang boleh memberikan amaran berbisa kepada parti-parti berkenaan supaya tidak melampau di dalam membuat tuntutan ialah penyatuan di kalangan orang Melayu.

Mereka amat bimbang kalau UMNO dan Pas bersatu, seia sekata, senada sehaluan!

Mengulas perkara ini seorang pemimpin kanan UMNO memberitahu penulis seandainya orang Melayu terus berpecah maka tidak mustahil mereka (tanpa mengira UMNO atau Pas) akan kehilangan kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Ia kerana kuasa 30 peratus pengundi bukan Melayu di dalam sesebuah kawasan pilihan raya boleh menjadi penentu.

''Kalaulah mereka secara padu memberikan sokongan kepada calon mereka sedangkan undi orang Melayu berpecah maka tidak mustahil, semua kerusi orang Melayu akan hilang,'' katanya ketika berbual-bual dengan penulis.

Mungkin sekali lagi, orang Melayu masih belum nampak bahaya yang menanti. Walaupun satu demi satu bukti dan sikap sebenarnya sudah ditunjukkan oleh kaum-kaum lain.

Tetapi kata mereka, semua itu hanya gertakan atau mainan politik BN dan UMNO bagi menakut-nakutkan orang Melayu.

Jika tanggapan semua ini berterusan maka tidak mustahil, orang Melayu akan terus diperkotak-katikkan dan kaum bukan Melayu termasuklah sahabat karib UMNO sendiri akan sanggup mengamalkan perbuatan yang dilihat tikam dari belakang.

Oleh itu, orang Melayu terutamanya di dalam PKR dan Pas perlu sedar bahawa sebarang kesepakatan kononnya atas dasar hormati menghormati yang dikatakan oleh rakan parti bukan Melayu mereka hanya retorik dan mainan lidah politik semata-mata.

Apabila tiba masanya dengan melihat kuasa politik Melayu semakin melemah maka tidak mustahil mereka akan bersatu dan meninggalkan parti-parti Melayu sendirian.

Mereka tahu berupaya berbuat demikian kerana memahami bahawa Pas dan pemimpin Melayu dalam PKR melihat UMNO ibarat 'musuh kamu yang paling nyata.'

Oleh itu ketika mereka semakin memperkukuhkan ikatan memperjuangkan nasib kaum mereka tanpa mengira perbezaan politik, orang Melayu pula terus kekal dengan sikap berpecah-belah dan tidak mahu bersatu.

Percayalah, jika situasi ini berterusan, semua orang Melayu hanya menjadi penonton kepada kehilangan kuasa politik dalam pilihan raya akan datang.

Janganlah anggap ini sesuatu yang mustahil kerana sebelum pilihan raya umum 2008 siapa sangka BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, Perak hampir diperintah oleh seorang Menteri Besar daripada DAP (jika Perlembagaan tubuh negeri membenarkan) dan Selangor akan jatuh ke tangan pembangkang.

Oleh itu belajarlah daripada sejarah wahai orang Melayu supaya kita tidak menjadi bak kata orang 'berputih mata tiada berguna, berputih tulang sudah tidak bererti."

Read more...

Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar

Friday, August 20, 2010



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".
Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum. "Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera". Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum. "Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Syed Hassan mendakwa kenyataan Chua yang tidak bertanggungjawab itu "kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum di negara ini". "Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kami mahu pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Dr Chua ini dan membawa beliau ke muka pengadilan. "Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera khususnya orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan," kata Syed Hassan. Sehubungan itu, dalam laporan polis tersebut, Syed Hassan mahu polis menyiasat Chua di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama. Syed Hassan mendakwa, akta tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan rakyat dengan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum "adalah menyalahi undang-undang dan boleh diheret ke mahkamah dan dituduh".
Sementara itu, dalam sidang media sejurus selepas membuat laporan polis, ahli Majlis Tertinggi PERKASA Amier Hassan membantah sekeras-kerasnya tindakan Chua yang didakwa menyentuh mengenai hak bumiputera. "Kita membantas sekeras-kerasnya. Dan kita harap polis dapat menyiasat dengan terperinci sebab kesalahan sudah berlaku. "Kalau kita bercakap tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri pun, apa yang diperkatakan oleh Chua Soi lek itu sudah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara kita. Apabila berlaku sesuatu prejudis, kerajaan mesti bertindak," katanya. Kira-kira 15 penyokong PERKASA hadir membantah tindakan Chua itu dan mereka mengibarkan beberapa poster antaranya berbunyi "Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar".

Sumber Malaysiakini

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Read more...

Jangan Main Api

Tuesday, August 17, 2010

IPOH, 16 Ogos – Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain api dengan membuat tuntutan bukan-bukan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindak-tanduk parti itu kebelakangan ini kerap melencong daripada dasar yang dipersetujui dalam perlembagaan.

''Ada usaha dari semasa ke semasa untuk menyakitkan hati orang Melayu.

''Selama hampir 53 tahun merdeka, kita telah bersabar dan tidak pernah meminta lebih daripada itu walaupun orang Melayu adalah 60 peratus majoriti. Jangan sengaja menggugat kesabaran kita," katanya di sini.

Mohd. Hilmi berkata, kaum-kaum lain di negara ini perlu disedarkan bahawa kesabaran orang Melayu mempunyai hadnya.

''Kita tidak mahu apabila selama ini kita sering bertolak-ansur, akhirnya kita kena tolak beransur-ansur," tegas beliau

Sumber Bernama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP