GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar
Showing posts with label Demo. Show all posts
Showing posts with label Demo. Show all posts

Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar

Friday, August 20, 2010



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".
Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum. "Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera". Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum. "Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Syed Hassan mendakwa kenyataan Chua yang tidak bertanggungjawab itu "kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum di negara ini". "Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kami mahu pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Dr Chua ini dan membawa beliau ke muka pengadilan. "Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera khususnya orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan," kata Syed Hassan. Sehubungan itu, dalam laporan polis tersebut, Syed Hassan mahu polis menyiasat Chua di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama. Syed Hassan mendakwa, akta tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan rakyat dengan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum "adalah menyalahi undang-undang dan boleh diheret ke mahkamah dan dituduh".
Sementara itu, dalam sidang media sejurus selepas membuat laporan polis, ahli Majlis Tertinggi PERKASA Amier Hassan membantah sekeras-kerasnya tindakan Chua yang didakwa menyentuh mengenai hak bumiputera. "Kita membantas sekeras-kerasnya. Dan kita harap polis dapat menyiasat dengan terperinci sebab kesalahan sudah berlaku. "Kalau kita bercakap tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri pun, apa yang diperkatakan oleh Chua Soi lek itu sudah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara kita. Apabila berlaku sesuatu prejudis, kerajaan mesti bertindak," katanya. Kira-kira 15 penyokong PERKASA hadir membantah tindakan Chua itu dan mereka mengibarkan beberapa poster antaranya berbunyi "Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar".

Sumber Malaysiakini

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Read more...

Demo Aman Kecaman Pada Zionis Berjaya Dengan Kehadiran Seluruh NGO

Wednesday, June 2, 2010


Moin Mohmaed Habib
Warga Palestin

Gambar di atas merupakan gambar seorang peserta demo anti israel di hadapan kedutaan U.S pagi tadi yang mana menghimpunkan lebih kurang 500 orang hadirin dari pelbagai Ngo Ngo dalam menyuarakan bantahan kepada kerajaan US agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Israel rakan sekutu US.

Lelaki Palestin ini cuba mengelar lehernya dan juga perutnya kerana kemarahan yang amat sangat terhadap kekejaman rejim Zionis yang telah membunuh ribuan rakyat Palestin. Pihak polis telah berjaya mengawal lelaki Palestin itu dan embawanya ke Hospital bagi mendapatkan rawatan dan seterusnya melakukan siasatn terhadap tindakan cubaan membunuh dirinya itu.

Dalam kekecohan itu segala protes Demo aman pagi semalam berjalan dengan lancar dan memorandum bantahan kepada Israel juga telah dapat di hantar melalui Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali kepada Duta U.S.




Program Demo aman pagi semalam telah di jayakan dengan begitu baik di mana telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 500 orang dalam waktu yang amat singkat. Ketua Wira Perkasa saudara Armand mengetuai para pemuda pemuda dalam melakukan demo aman tersebut dan berjaya mengawal keadaan agar tidak menjadi huru hara sama sekali.

Syabas Ketua Wira Perkasa saudara Armand dan juga kepada barisan Eco serta Ahli Perkasa yang lain kerana lantang dan berani bertindak dalam menyuarakan kecaman kepada Israel.

Semoga Seluruh peserta Misi bantuan Gaza yang di tahan dalam kawalan Zionis berjaya pulang dengan sellamat. Sama sama kita mendoakannya.

Hancur Rejim Zionis

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Read more...

Ayuh Sertai Demo Aman Di Kedutaan U.S.

Monday, May 31, 2010

Esok 1/06/2010 jam 11.00pagi
Lokasi Hadapan kedutaan Amerika
Jalan Tun Abdul Razak

Satu Demo Aman dalam menyampaikan Bantahan kepada Israel melalui Sekutu rapatnya Amerika Syarikat akan berlangsung di sertai oleh seluruh NGO NGO Malaysia termasuk PERKASA.

Di Harapkan agar seluruh rakyat yang berkelapangan masa agar hadir bersama sama kita membantah Kekejaman Rejim Zionis yang telah menyerang dan membunuh Peserta Misi Bantuan Gaza.

Sokongan dari Rakyat amat di harapkan bagi Perjuangan Kita Bersama.

Allahuakhbar

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Read more...

Ayuh Hadir Beramai Ramai Esok

Wednesday, March 24, 2010


Halal Darah Lars Ni Buat Kita Umat Islam

PERKASA SERTA UMAT ISLAM, AKAN MENYERAH NOTA BANTAHAN DAN KECAMAN ATAS ISU PELUKIS KARTUN LARS VILKS SERTA MEDIA SWEDISH YG MENGHINA NABI MUHAMAD SAW YANG CUKUP BIADAP

:Embassy of Sweeden,8th Floor, Plaza OSK

Jln Ampang Kuala Lumpur

25hb Mac 11.00am.

Semua Umat Islam

WAJIB DATANG BERAMAI RAMAI..

ALLAHUAKABAR!!!

Read more...

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP