Jangan Main Api
Tuesday, August 17, 2010
IPOH, 16 Ogos – Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain api dengan membuat tuntutan bukan-bukan.
Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindak-tanduk parti itu kebelakangan ini kerap melencong daripada dasar yang dipersetujui dalam perlembagaan.
''Ada usaha dari semasa ke semasa untuk menyakitkan hati orang Melayu.
''Selama hampir 53 tahun merdeka, kita telah bersabar dan tidak pernah meminta lebih daripada itu walaupun orang Melayu adalah 60 peratus majoriti. Jangan sengaja menggugat kesabaran kita," katanya di sini.
Mohd. Hilmi berkata, kaum-kaum lain di negara ini perlu disedarkan bahawa kesabaran orang Melayu mempunyai hadnya.
''Kita tidak mahu apabila selama ini kita sering bertolak-ansur, akhirnya kita kena tolak beransur-ansur," tegas beliau
Sumber Bernama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 comments:
Jangan main api... kalau tidak... what? Banyak sangat saya dengar pasal jangan main api tapi tidak ada jawapannya/tindakan. Orang cina dah tak hairan dengan kalimah/ugutan jangan main api dari kita lagi sebab setakat itu saja yang mampu kita buat. p/s kenapa PERKASA pulau pinang senyap je padahal banyak isu tentang hak melayu berlegar di pulau pinang.
Post a Comment