GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Suara PERKASA Masih Wujud Dan Beroperasi

Thursday, August 5, 2010

Ada pihak yang menyangka akhbar Suara Perkasa telah ditutup kerana tidak menemuinya di pasaran, kata ketua pengarangnya, Daud Ibrahim.

Malah, beliau mengakui bahawa akhbar itu juga tidak sampai ke kawasan presiden Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) sendiri, Datuk Ibrahim Ali.
"Bila pembaca tidak dapat cari edisi pertama, kedua dan ketiga, mereka akan beranggapan akhbar ini sudah ditutup," katanya.

Ketika dihubungi hari ini, Daud berkata, beliau menerima aduan dari pembaca melalui laman sosial Facebook, mengenai ketiadaan akhbar Suara Perkasa di pasaran.
Beliau berkata, ia kerana masalah edaran yang menyebabkan akhbar tersebut tidak sampai ke beberapa kawasan di negara ini.

Masalah tersebut, jelasnya, berlaku kerana sesetengah pengedar masih berasa "takut" untuk mengedarkan akhbar tersebut.

"Ini ekoran kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini yang panggil Suara Perkasa dan beri amaran.
"Kami tidak dikenakan tindakan atau digantung permit. Tapi masih ada pengedar takut untuk edarkan Suara Perkasa," katanya lagi.

Daud berkata, keadaan itu menjejaskan edaran akhbar tersebut di seluruh negara.

Berdasarkan maklum balas daripada pembaca, katanya, akhbar tersebut boleh didapati di kawasan seperti Ayer Hitam, Bukit Mertajam dan Kuala Terengganu.
"Kawasan yang tak ada adalah seperti Lumut, Segamat dan kawasan presiden (PERKASA) sendiri, Pasir Mas," katanya lagi

Sumber Bernama
H.O.M.
Hak Orang Melayu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Anonymous,  August 5, 2010 at 5:30 PM  

Salam Perjuangan,

Mmg agak sukar mencari akhbar ini di area Klang. Beberapa rakan mengeluh untuk mencari edisi pertama!!! Teruskan usaha untuk menyebar perjuangan keramat ini kepada ummah Melayu.

Insyallah, berjumpa kita di Intekma Resort, 8hb ini, demi survival satu bangsa yg bernama MELAYU.

choe August 26, 2010 at 1:36 PM  

sy anak kuala kgsar perak..minx perkasa dibuka didaerah kuala kangsar perak..

Post a Comment

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP