GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Kata Kata Keramat Hitler

Sunday, July 11, 2010

Sama sama kita renungkannya dan fikirkan apakah Hitler telah menyampaikan kebenaran waktu ini ataupun ianya adalah pembohongan semata mata!

HOM
Hak Orang Melayu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Read more...

Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen Mengistiharkan Perang Terhadap PERKASA

Thursday, July 8, 2010



Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen dalam laman web Merdeka Review menyatakan Pemuda MCA akan menyerang balas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA dari serangan PERKASA.

Kenyataan yang dibuat ekoran rasa tidak puas hati dengan saranan PERKASA supaya Datuk Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempersoalkan hak orang Melayu.

Perkataan ”memang celaka betul” yang ditujukan khas buat PERKASA secara tidak langsung ditujukan kepada orang Melayu sebenarnya.

Dari Lee Kim Sai sampai kepada Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan kini Wee Ka Siong, memang bertujuan mencabar amarah orang Melayu.

Apalagi si lahanat lahanat MAC ni mahukan ... sudah ada tanda ’Grand Design’ sebenarnya di antara MCA dan DAP untuk memecah belah undi orang Melayu kerpada UMNO, kerana PAS pasti akan menyokong membabi buta kenyataan pemimpin pemimpin MCA.

PKR pula akan menyalak dari belakang tadbir bersama ’Tuan Yang Terutama’ DAP selaku boss kepada barua barua orang Melayu di dalam PKR dan PAS.

Semakin nyata ’Grand Design’ ini terserlah ...

Ehsan Unit Media Wangsa Maju

H.O.M
Hak Orang Melayu

Read more...

Wira PERKASA Menyokong Penuh Akhbar Suara PERKASA

Tuesday, July 6, 2010

Wira Perkasa menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang tindakan suara perkasa dalam menyuarakan hasrat dan pendapat melibatkan orang-orang melayu dan peribumi. Nampak tatakala banyak akhbar-akhbar media perdana yang tidak berani menyuarakan dan sesetengah media yang suka memutar belitkan kenyataan perkasa sejak dua menjak ini demi agenda politik masing-masing, kami meanggap suara perkasa merupakan satu saluran yang mana perkasa boleh menyuarakan pendapat secara terus dan kritis tanpa halangan. Dengan adanya suara perkasa kini badan bukan kerajaan seperti kami dengan tanpa segan silu berani menegur tak kira mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang politik tentang kesilapan, kesalahan dan ketelanjuran mereka samaada dari pihak BN mahupun Pakatan Rakyat seperti mana dapat dilihat sebelum ini.

Wira Perkasa berpendapat SP dan Perkasa secara amnya tidak perlu gentar mahupun takut dalam menyatakan hasrat mahupun pendapat dan akan terus berkerjasama dengan pihak polis mahupun mana-mana badan undang-undang kerana kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kepada mana-mana pihak yang membuat laporan polis mengenai SP itu adalah hak mereka, tapi ingin saya nyatakan secara terang dan jelas bahasawanya itu tidak akan mendiamkan, menutup mahupun menghalang perkasa dalam menyatakan perkara yang benar, sesungguhnya kami berpegang teguh kepada pendapat bahawa yang benar itu perlu dinyatakan biarpun ianya pahit, berani kerana benar takut Kerana Salah.

Mengenai isu laporang polis oleh Pemuda MCA terhadap suara Perkasa kami Wira Perkasa mengambil pendirian untuk tidak mengambil peduli, mahupun kisah dan menganggap itu adalah hak mereka dan ingin menyatakan bahawasanya kami akan terus menegur bukan sahaja MCA, tetapi mana-mana pihak yang kami rasa perlu ditegur dan sekiranya pemuda MCA yang sering melaungkan budaya keterbukaan akan bersedia untuk lebih lagi

dikritik secara terbuka pada masa hadapan sekiranya mereka dianggap tidak betul.

1Malaysia, Org Melayu Juga Org Malaysia
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia

H.O.M
Hak Orang Melayu

Read more...

Tun Dr Mahathir 22 Tahun Jasa Dan Pengorbanannya

Monday, July 5, 2010



Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran.

Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya.

Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu.

Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya.

Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.

Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global.

Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC.

Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena. - Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon).

Read more...

Perbalahan Presiden PERKASA Dan Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin Selesai

Thursday, July 1, 2010

Malam tadi berlangsungnya majlis Armand Ketua Wira Perkasa bersama Media, Rakan Facebook,Blogger dan juga rakan rakan yang lain. Majlis ramah mesra ini berlangsung di NZ Garden Kuala Lumpur yang mana telah di hadiri lebih kurang 50 orang.

Dalam Majlis ini Armand telah mengumunkan satu berita penting yang mana perbalahan Mulut antara Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali dan Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin telah pun berakhir.

Armand menjelaskan semasa sidang parlimen semalam Dato Ibrahim Ali dan Khairi jamaluddin telah berjumpa dan seterusnya bermaaf maafan bagi bersama dalam perpaduan orang orang Melayu. Mereka berdua juga telah memaklumkan akan terus membela nasib orang melayu dalam pelbagai aspek demi mengharungi masa masa mendatang.

Peranan yang di mainkan oleh Armand Ketua Wira Perkasa dalam merapatkan silaturahim antara Dato Ibrahim Ali dan Khairi Jamaluddin amatlah bijak dan ianya sebenarnya telah menguntungkan orang orang melayu.

Apa guna Melayu sama Melayu bertengkar dalam isu yang tidak menguntungkan orang melayu itu sendiri. Dan ini lah yang telah di buktikan bila perbalahan yang tercetus di kalangan orang melayu sebenarnya amatlah mudah untuk berdamai jika kita menyedari peranan dan kewajipan kita sebagai orang melayu.

Dato Ibrahim Ali juga turut hadir dalam majlis Armand malam tadi walaupun agak lewat. Kenyataan Armand turut di sokong oleh Dato Ibrahim Ali dan Dato Ibrahim Ali juga dengan sendirinya memberikan jaminan yang perbalahan mulut antara beliau dan Khairi Jamaluddin telah pun berakhir.

Kami Wira Perkasa mengucapkan Syabas kepada Armand Ketua Wira Perkasa atas inisiatif yang di ambil ini dan kami juga mengucapkan rasa hormat yang jitu kepada Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali atas kesudian untuk menyelesaikan perbalahan dengan pantas dan tepat pada masanya.

Semoga orang orang Melayu menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku dalam dunia Politik tampa sempadan ini jika Melayu nya seseorang itu maka Melayu lah ia sampai ke akhir hayat. Jangan kita berbalah sesama kita hanya kerana isu yang tidak menguntungkan kita semua orang orang Melayu.

Syabas Armand Ketua Wira PERKASA

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Read more...

Kg Baru to vote on non-Malay participation

Thursday, June 10, 2010



KUALA LUMPUR, June 9 — Federal Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin will let the capital city’s Kampung Baru landowners have the final say on a proposal to allow non-Malays to take part in the area’s development plans.

The minister said today the contentious issue of how much Kampung Baru’s Malay Reserve restrictions should be lifted was entirely up to its residents.

“We will take a vote from the owners and heirs [of Kampung Baru] as to what they want, whether it’s 100 per cent, 90 per cent or 80 per cent,” he said.

“We will meet with them and ask them to vote. And we will follow [their wishes].”

This was an apparent U-turn from his previous statement that non-Malays were key to the redevelopment of Kampung Baru as government-linked companies (GLCs) did not believe in the commercial viability of restricted land.

To that end, he had proposed to open up Kampung Baru to non-Malays at a 60:40 Malay-to-non-Malay ratio, which became a hot-button topic with residents there.

He was later forced to explain that not a single square inch of Kampung Baru land would be sold to non-Malays.

Raja Nong Chik reiterated once more that the ministry’s proposal to open up Kampung Baru to non-Malays did not involve the transfer of any land to the latter group.

“The most important thing is land. The land will not be transferred to others,” he said today.

“I have to appreciate the sentimentalism of some of the heirs because this land was given by the Sultan of Selangor.”

However, he said authorities will consider selling strata lots in hotels, apartments and other high-rises to non-Malays, including foreign investors, if it was in the interest of development.

“The land will forever be in the ownership of the Malays but the strata title of certain properties can be considered to be given to foreigners and other Malaysians,” he said after meeting with six Malay NGOs at KL City Hall Building this morning.

The NGOs present were Perkasa, the Federation of Peninsular Malay Students (GPMS), the Malay Traders and Entrepreneurs Association of Malaysia (Perdasama), the Malay Chamber of Commerce (DPMM), the Guild of Bumiputera Contractors and the Malaysian Bumiputera Service Industry and Manufacturers Association (PPIPBM).

They had all earlier agreed in principle to the 60:40 proposal except for GPMS, which felt that Kampung Baru property should remain 100 per cent Malay.

Raja Nong Chik stressed that the government will not force Kampung Baru landowners to give up their land through the use of compulsory acquisition.

“I don’t see that the government will forcibly to acquire the land except in the case where 80 per cent [of landowners] have already consented... and even then, it’ll be on a case-to-case basis,” he said.

Section 3(1)(b) of the Land Acquisition Act 1960 allows the state authority to acquire any land which “is needed by any person or corporation for any purpose which in the opinion of the State

Authority is beneficial to the economic development of Malaysia or any part thereof or to the public generally or any class of the public”.

He added that the title exchange between landowners and GLCs involved can only be done after the formation of the Kampung Baru Development Board (PPKB) under an act of Parliament.

He also said that the GLCs approached by the ministry were interested but had to first seek approval from their respective boards before anything could be finalised.

“We have identified PNB (Permodalan Nasional Bhd) and Tabung Haji [as GLCs to redevelop Kampung Baru] but while they are interested they will first have to obtain approval from their respective boards.”

The ministry plans to table the proposal for Kampung Baru’s redevelopment to Cabinet in October.

Sumber Themalaysianinsider

H.O.M.

Hak Orang Melayu

Read more...

Demo Aman Kecaman Pada Zionis Berjaya Dengan Kehadiran Seluruh NGO

Wednesday, June 2, 2010


Moin Mohmaed Habib
Warga Palestin

Gambar di atas merupakan gambar seorang peserta demo anti israel di hadapan kedutaan U.S pagi tadi yang mana menghimpunkan lebih kurang 500 orang hadirin dari pelbagai Ngo Ngo dalam menyuarakan bantahan kepada kerajaan US agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Israel rakan sekutu US.

Lelaki Palestin ini cuba mengelar lehernya dan juga perutnya kerana kemarahan yang amat sangat terhadap kekejaman rejim Zionis yang telah membunuh ribuan rakyat Palestin. Pihak polis telah berjaya mengawal lelaki Palestin itu dan embawanya ke Hospital bagi mendapatkan rawatan dan seterusnya melakukan siasatn terhadap tindakan cubaan membunuh dirinya itu.

Dalam kekecohan itu segala protes Demo aman pagi semalam berjalan dengan lancar dan memorandum bantahan kepada Israel juga telah dapat di hantar melalui Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali kepada Duta U.S.




Program Demo aman pagi semalam telah di jayakan dengan begitu baik di mana telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 500 orang dalam waktu yang amat singkat. Ketua Wira Perkasa saudara Armand mengetuai para pemuda pemuda dalam melakukan demo aman tersebut dan berjaya mengawal keadaan agar tidak menjadi huru hara sama sekali.

Syabas Ketua Wira Perkasa saudara Armand dan juga kepada barisan Eco serta Ahli Perkasa yang lain kerana lantang dan berani bertindak dalam menyuarakan kecaman kepada Israel.

Semoga Seluruh peserta Misi bantuan Gaza yang di tahan dalam kawalan Zionis berjaya pulang dengan sellamat. Sama sama kita mendoakannya.

Hancur Rejim Zionis

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Read more...

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP