Perbalahan Presiden PERKASA Dan Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin Selesai
Thursday, July 1, 2010
Malam tadi berlangsungnya majlis Armand Ketua Wira Perkasa bersama Media, Rakan Facebook,Blogger dan juga rakan rakan yang lain. Majlis ramah mesra ini berlangsung di NZ Garden Kuala Lumpur yang mana telah di hadiri lebih kurang 50 orang.
Dalam Majlis ini Armand telah mengumunkan satu berita penting yang mana perbalahan Mulut antara Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali dan Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin telah pun berakhir.
Armand menjelaskan semasa sidang parlimen semalam Dato Ibrahim Ali dan Khairi jamaluddin telah berjumpa dan seterusnya bermaaf maafan bagi bersama dalam perpaduan orang orang Melayu. Mereka berdua juga telah memaklumkan akan terus membela nasib orang melayu dalam pelbagai aspek demi mengharungi masa masa mendatang.
Peranan yang di mainkan oleh Armand Ketua Wira Perkasa dalam merapatkan silaturahim antara Dato Ibrahim Ali dan Khairi Jamaluddin amatlah bijak dan ianya sebenarnya telah menguntungkan orang orang melayu.
Apa guna Melayu sama Melayu bertengkar dalam isu yang tidak menguntungkan orang melayu itu sendiri. Dan ini lah yang telah di buktikan bila perbalahan yang tercetus di kalangan orang melayu sebenarnya amatlah mudah untuk berdamai jika kita menyedari peranan dan kewajipan kita sebagai orang melayu.
Dato Ibrahim Ali juga turut hadir dalam majlis Armand malam tadi walaupun agak lewat. Kenyataan Armand turut di sokong oleh Dato Ibrahim Ali dan Dato Ibrahim Ali juga dengan sendirinya memberikan jaminan yang perbalahan mulut antara beliau dan Khairi Jamaluddin telah pun berakhir.
Kami Wira Perkasa mengucapkan Syabas kepada Armand Ketua Wira Perkasa atas inisiatif yang di ambil ini dan kami juga mengucapkan rasa hormat yang jitu kepada Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali atas kesudian untuk menyelesaikan perbalahan dengan pantas dan tepat pada masanya.
Semoga orang orang Melayu menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku dalam dunia Politik tampa sempadan ini jika Melayu nya seseorang itu maka Melayu lah ia sampai ke akhir hayat. Jangan kita berbalah sesama kita hanya kerana isu yang tidak menguntungkan kita semua orang orang Melayu.
Syabas Armand Ketua Wira PERKASA
H.O.M.
Hak Orang Melayu