Al Fatihah....
Thursday, December 30, 2010
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone Read more...
Wira Perkasa tetap mahu Namawee minta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi media utama dan cipta lagu serta klip video untuk tujuan sama.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azhar Abu Haniffah berkata, walaupun Namewee sudah memohon maaf kepada Rakyat Malaysia dan menyuarakan kekesalan terhadap perbuatannya dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di parlimen, baru-baru ini, ianya tidak mencukupi.
"Walaupun dia dah minta maaf kepada kerajaan dan Menteri, kami mahu dia buat secara terbuka di akhbar-akhbar utama kerana tak semua orang tahu hasil pertemuannya dengan Nazri dan tidak semuanya dilaporkan.
"Kalau dia boleh cipta lagu dan klip video yang kontroversi itu, mengapa pula dia tidak boleh cipta lagu dan klip video minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu," kata Arman kepada Agendadaily selepas mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen, Isnin.
Dalam pertemuan dengan Nazri yang bermula 4.30 petang dan berlangsung selama sejam setengah itu, Arman ditemani oleh tiga orang ahli Wira Perkasa dan tujuh orang blogger.
Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 27 mencipta nama dari kontroversi klip video rentak rap lagu Negara Ku dan klip video berjudul 'Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!!
Minggu lalu Namewee mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen untuk memberi penjelasan terhadap tindak tanduknya yang menurutnya telah disalahertikan oleh sebilangan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu.
Sementara itu, Arman berkata beliau turut bertanya kepada Nazri mengenai permohonan Namawee untuk mendapatkan geran bagi membiayai penerbitan filemnya yang bertemakan 1Malaysia.
"Saya beritahu Nazri sekiranya Namawee boleh diberikan geran, kami (Perkasa) pun mahu memohon geran kerana kami juga merancang membuat filem bertemakan 1Malaysia," katanya.
Bagaimanapun kata Arman, Nazri memberitahu bahawa Namawee dan Wira Perkasa harus melalui proses yang biasa seperti penerbit-penerbit filem yang lain, iaitu menerusi Finas atau Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Arman juga memberitahu Perkasa akan mengadakan satu perhimpunan Wira Negara Revolusi 1Malaysia di Bukit Jalil pada 1 hingga 9 Januari tahun depan.
Katanya perhimpunan itu akan mengumpulkan kumpulan belia yang sering dikatikan dengan budaya gangsterism, mat rempit, mat lepak dan penari jalanan. – 13/12/10
Sumber Agenda Daily
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PROGRAM AMAL WALK4GAZA BERSAMA YABHG TUN DR.MAHATHIR
Program Amal Walk4Gaza : Jejak Iktiraf Kemanusiaan utk Gaza
Tarikh : Sabtu, 11hb Dis 2010, jam 5 ptg bermula di Dataran Masjid Putrajaya.
Pakaian : Baju Putih.
Tujuan adalah utk mengumpul dana bg Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan menggesa pembebasan sekatan ke atas Gaza, (web : www.perdana4peace.org)
Walk4Gaza adlh anjuran MBFM dan GAPROF dgn kerjasama PGPF, Skuad Sayang Wanita, Gabungan NGO Malaysia, FELDA, Karyawan, PEWARIS, WIRA PERKASA, PERKIM, Kolej Poly Tech Mara, dll.
Aturcara program :
4.20 ptg - solat Asar berjemaah di Masjid Putrajaya
5.00 ptg - Bacaan doa
Ucapan YABhg Tun Dr.Mahathir
5.15 ptg - Berjalan kaki beramai2 ke Dataran Pancarona (Hadapan Palace of Justice) diiringi 400 pemain kompang
6.00 ptg - Tandatangan beramai2 sbg Sokongan kpd Pembebasan Sekatan ke atas Palestin!
Antara yg telah mengesahkan kehadiran sebagai sokongan ialah Dato Jefrey Din, Hattan, Ramli Sarip, Que Haidar, Cikgu Siti Hajar (guru vokal AF) dan ramai lg.
Sukarelawan utk PGPF amat dialu2kan.
"FREE PALESTIN"
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saya Selaku Ketua Wira ,
Dato Nazri mahu Namawee diberikan pluang ke2. Bleh tapi perlu lalui PROSES penghakiman kerana beliau telah melakukan 'offence against the state' dan tidak perlu ada aduan oleh mana2 pihak.Ianya tangongjawab pihak perlaksanaan undang2 krajaan.Mereka2 yg berkerja dgn krajaan mudah d ambil tindakan melalui 'Lembaga Disiplin'dan bagaiamana org awan yg mudah d lepas dari tindakan undang2..
Kesan kes Namawee akan berpanjangan dalam hati dan fikiran orang2 melayu dan kaumnya tentu gembira,mudah mudahan mereka akan undi BN dlm PRUI3 nanti..
drpd Arman Ketua Wira Perkasa.
HOM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kepada Rakan2 Media Yang Saya Hormati.
Kenyataan Presiden PKR Seperti Kacang Lupakan Kulit Dan Ibarat Buta Sejarah. Bila Menolak Ketuanan Melayu Boleh Disama Tafsir Menolak Dan Mempersendakan Perlembagaan Negara Dimana Terdapat Fasal2 Yg Sudah Termaktub Terhadap Kepentingan Melayu/Bumiputra Melalui Fasal 152 Dan 153 Secara Tegas Dasar Affirmative Action. Yang Jelas Kini Kenyataan Ni Satu Kenyataan Terdesak Untuk Pkr Meraih Simpati Dan Sokongan Kaum Cina Dan India Untuk Kepentingan Politik Sempit Yg Dibawa Oleh Mereka, Mereka Sebenarnya Membawa Politik Sempit Kerana Jelas Kearah Politik Yang Menjurus Kearah Perkauaman.
Kini Presiden PKR Yg Dilihat Kurang Bijak Itu Mempertikaikan "Ketuanan Melayu", Lupakah Mereka Kerana Ketuanan Melayu Ramai Orang Melayu Berjaya Dipuncak Menara Gading, Dengan Ketuanan Melayu Ramai Melayu Kini Sudah Mempunyai Pendidikan Tinggi Sehingga Ketahap Phd, Dengan Ketuanan Melayu Sebahagian Besar Orang Melayu Dalam Sector Perkhidmatan Awan, Dengan Ketuanan Melayu Wujud Banyak Usahawan-Usahawan Orang Melayu Kini Yang Berjaya.
Dan Dengan Ketuanan Melayu Juga Presiden Pkr Wan Azizah Membolehkan Beliau Menjadi Dr Serta Dengan Ketuanan Melayu Lah Ramai Pemimpin-Pemimpin Pkr Menjadi Bijak Pandai Tapi Sayang Kerana Perasan Bongkak Dan Gila Kan Untuk Memdapat Simpati Dan Undi Sanggup Memprtikaikan Kembali Dasar Yg Membantu Diri Mereka. Ini Lah Sebenarnya Contoh Terbaik Melayu Mudah Lupa.
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Memberikan Tanggungjawab Kepada Yang Di-Pertuan Agong Menjaga Hak Keistimewaan Orang Melayu Dan Penduduk Asal Malaysia, Secara Kumpulannya Dirujuk Sebagai Bumiputera. Artikel Menjurus Bagaimana Kerajaan Pusat Melindungi Kepentingan Kumpulan-Kumpulan Ini Dengan Mendirikan Kuota Kemasukan Ke Dalam Perkhidmatan Awam, Biasiswa Dan Pendidikan Awam. Ia Juga Biasanya Dianggap Sebagai Sebahagian Daripada Sosial Kontrak, Dan Biasanya Dikatakan Sebagai Pertahanan Legal Bagi Ketuanan Melayu.
Kamus Dewan Mentakrifkan Istilah 'Ketuanan' Sebagai Membawa Maksud Hak Menguasai Dan Memerintah Sama Ada Sesebuah Negeri, Daerah Dan Sebagainya.
Istilah 'Ketuanan' Juga Dirujuk Sebagai Kedaulatan. 'Ketuanan' Berbeza Dengan Perkataan 'Tuan' Yang Membawa Maksud Orang Tempat Menghambakan Diri.Istilah Ketuanan Melayu Ini Merujuk Kepada Sejarah Bahawa Negara Ini Pernah Diperintah Sultan Dan Raja-Raja Melayu, Yang Merupakan Tuan Kepada Tanah Melayu Yang Sudi Memberikan Kuasa Mereka Kepada Rakyat Melalui Penerimaan Sistem Raja Berperlembagaan, Memandangkan Mengikut Perlembagaan Negara, Sultan Dan Raja-Raja Melayu Adalah Simbol Kepada Ketuanan Melayu Di Negara Ini, Seperti Mana Di Negara-Negara Barat Lain Yang Mempunyai Raja.
Memperhambakan Sejarah Sendiri Membuktikan Bahawa Melayu Tidak Pernah Memperhambakan Kaum-Kaum Lain Pada Bila-Bila Masa Sekali Pun. Melayu Berjuang Membebaskan Tanah Air Daripada Belenggu Penjajah Bukan Demi Kepentingan Melayu Semata-Mata. Hasil Kemerdekaan Dan Kemakmuran Tanah Melayu Dikongsi Dengan Kaum-Kaum Lain Demi Memastikan Perpaduan Dan Kemakmuran Sentiasa Terjalin Dengan Kukuh Serta Sentiasa Bertolak Ansur Dan Beralah Demi Menjaga Hati Saudara Yang Bukan Sebangsa Yang Menjadi Rakyat Di Negara Ini.
Mungkin Benar Mata Pelajaran Sejarah Diberi Pendedahan Seluas-Luasnya Dan Mesti Diwajibkan Di Semua Peringkat Dan Aliran, Supaya Rakyat Lebih Memahami Apa Makna Sebenar Ketuanan Melayu.
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Memberikan Tanggungjawab Kepada Yang Di-Pertuan Agong Menjaga Hak Keistimewaan Orang Melayu Dan Penduduk Asal Malaysia, Secara Kumpulannya Dirujuk Sebagai Bumiputera. Artikel Menjurus Bagaimana Kerajaan Pusat Melindungi Kepentingan Kumpulan-Kumpulan Ini Dengan Mendirikan Kuota Kemasukan Ke Dalam Perkhidmatan Awam, Biasiswa Dan Pendidikan Awam. Ia Juga Biasanya Dianggap Sebagai Sebahagian Daripada Sosial Kontrak, Dan Biasanya Dikatakan Sebagai Pertahanan Legal Bagi Ketuanan Melayu.Kamus Dewan Mentakrifkan Istilah 'Ketuanan' Sebagai Membawa Maksud Hak Menguasai Dan Memerintah Sama Ada Sesebuah Negeri, Daerah Dan Sebagainya.
Istilah 'Ketuanan' Juga Dirujuk Sebagai Kedaulatan. 'Ketuanan' Berbeza Dengan Perkataan 'Tuan' Yang Membawa Maksud Orang Tempat Menghambakan Diri. Istilah Ketuanan Melayu Ini Merujuk Kepada Sejarah Bahawa Negara Ini Pernah Diperintah Sultan Dan Raja-Raja Melayu, Yang Merupakan Tuan Kepada Tanah Melayu Yang Sudi Memberikan Kuasa Mereka Kepada Rakyat Melalui Penerimaan Sistem Raja Berperlembagaan, Memandangkan Mengikut Perlembagaan Negara, Sultan Dan Raja-Raja Melayu Adalah Simbol Kepada Ketuanan Melayu Di Negara Ini, Seperti Mana Di Negara-Negara Barat Lain Yang Mempunyai Raja.Memperhambakan Sejarah Sendiri Membuktikan Bahawa Melayu Tidak Pernah Memperhambakan Kaum-Kaum Lain Pada Bila-Bila Masa Sekali Pun.
Melayu Berjuang Membebaskan Tanah Air Daripada Belenggu Penjajah Bukan Demi Kepentingan Melayu Semata-Mata. Hasil Kemerdekaan Dan Kemakmuran Tanah Melayu Dikongsi Dengan Kaum-Kaum Lain Demi Memastikan Perpaduan Dan Kemakmuran Sentiasa Terjalin Dengan Kukuh Serta Sentiasa Bertolak Ansur Dan Beralah Demi Menjaga Hati Saudara Yang Bukan Sebangsa Yang Menjadi Rakyat Di Negara Ini.Catatan Dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Juga Bukanlah Bermakna Sepenuhnya Kuasa Veto Itu Terletak Di Tangan Bangsa Melayu, Dalam Menyediakan Hak Istimewa Kepada Ketuanan Melayu, Bangsa-Bangsa Lain Juga Bebas Memperjuangkan 'Ketuanan' Mereka Masing-Masing Samada Dari Aspek Politik, Ekonomi Dan Sosial. Mereka Bebas Untuk Mengamalkan Budaya Dan Cara Hidup Sendiri, Bebas Dalam Meningkatkan Taraf Ekonomi Kaum, Bebas Beragama, Bebas Meneruskan Sistem Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dan Tamil Dengan Mengekalkan Pengajaran Bahasa Ibunda Masing-Masing Dan Sebagainya. Faktor Ini Membuktikan Bahawa Konsep Ketuanan Melayu Itu, Bukanlah Satu Konsep Yang Mengiktiraf Bahawa Bangsa Melayu Itu Menjadi Tuan, Sementara Kaum-Kaum Lain Menjadi Hamba Kepada Bangsa Melayu.
Negara Mana Yang Memberi Kelonggaran Seluas Ini Sedangkan Bukankah Orang Yang Mendatang Mesti Menyesuaikan Diri Dengan Negara Yang Dikunjunginya.Selain Itu, Kita Wajar Mengakui Bahawa Melayu Dominan Dari Segi Politiknya Dan Hak-Hak Melayu Dilindungi Di Sisi Perlembagaan, Tetapi Sejauh Mana Benarnya Istilah Ketuanan Melayu Bermaksud Menghambakan Kaum Lain Mesti Dijawab Oleh Pihak Yang Berkenaan.
Kita Tidak Pernah Terlepas Pandang Bagaimana Harmoninya Rakyat Malaysia Yang Terdiri Daripada Pelbagai Kaum Menjalani Kehidupan Seharian. Keharmonian Ini Mesti Dizahirkan Secara Jujur Dan Ikhlas, Agar Tiada Wujud Rasa Sangsi Dan Iri Hati Sehingga Istilah Ketuanan Melayu Yang Telah Digunakan Turun Temurun Itu Pun Mendatangkan Masalah.Mungkin Benar Mata Pelajaran Sejarah Diberi Pendedahan Seluas-Luasnya Dan Mesti Diwajibkan Di Semua Peringkat Dan Aliran, Supaya Rakyat Lebih Memahami Apa Makna Sebenar Ketuanan Melayu.Bangsa-Bangsa Lain Masih Ada Ketuanan Di Negara Asal Mereka Tetapi Melayu Inilah Negara Tanah Tumpah Bangsa Melayu. Tiada Dua Jauh Sekali Tiga, Oleh Itu Kekalkan Istilah Ketuanan Melayu.
Disini Ingin Saya Jelaskan Kepada Kaum-Kaum Lain, Mereka Tidak Perlu Risau Dan Khuatir Tentang Hak-Hak Sah Mereka Didalam Perlembagan Negara Telah Dijamin Dan Termaktub Didalam Perlembagan Persekutuan Dan Peruntukan-Peruntukan Yang Terkandung Didalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Di Malaysia Yang Telah Terkndung Didalam Perlembagaan Negara.
Dikalangan Rakyat Malaysia Yang Menghormati Perlembagaan Negara Dipahami. Kerana Perkasa Mahu Wujudkan Satu Situasi Dimana Kita Hidup Dengan Aman, Harmoni, Semangat Perpaduan Serta Hormat-Menghormati Satu Sama Lain Diantara Seluruh Rakyat Malaysia Agar Dapat Mewujudkan Ketenteraman Dinegara.
Perkasa Bukan Pertubuhan Racist, Perkauman Dan Haluan Kanan , Tetapi Pertubuhan Yang Menghormati Perlembagan Negara Dan Mahukan Hak-Hak Pribumi Dihormati Oleh Seluruh Warganegara Malaysia. Teruskan Transformasi Penyatuan Pribumi Negara .Sekian
Yang Benar
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) setakat ini lebih berminat untuk tidak bergabung atau menjadi ahli bersekutu dengan mana-mana parti politik kerana "mahu kekal bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak".
"Apa jua dasar yang baik untuk rakyat, selari dengan perlembagaan negara, PERKASA akan bagi sokongan kepada mana-mana pihak," kata setiausaha agungnya Syed Hasan Syed Ali
Dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini petang ini, Syed Hasan bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad untuk memohon menjadi ahli gabungan BN kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA pada Mac tahun depan.
"Ia (merupakan) perkara dasar, maka keputusan terletak kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA," katanya menjawab soalan sama ada pertubuhan Melayu itu berminat menjadi ahli bergabung dengan BN setelah keahlian baru itu diluluskan parti itu tengah hari tadi.
Selain meluluskan ahli bersekutu secara keahlian langsung Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan keputusan dewan tertinggi parti yang meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan atau persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti itu.
Najib bagaimanapun menegaskan bahawa peraturan atau keputusan tentang ahli bergabung akan diputuskan oleh dewan tertinggi BN selepas mengambil kira pandangan parti komponen.
Sebelum itu, bercakap kepada Malaysiakini, Syed Hasan berkata sukar bagi pertubuhan itu menjadi ahli gabungan kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.
Malah, beliau juga sendiri masih belum faham apakah maksud dan pendekatan sebenar "ahli gabungan" seperti mana yang diumumkan oleh Najib itu.
"Kita tengok (dahulu) apa pendekatan BN. Dan apabila sudah faham, kita akan berfikir semula... Sukar untuk menerima jemputan (sebagai ahli bergabung) sebab ahli kita pelbagai latar belakang," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
© Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP