GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Presiden GERAKAN Koh Tsoo Koon Memohon Maaf Bila Di Kepung Wira PERKASA

Monday, April 12, 2010




Gambar di atas di ambil oleh Brader Fotographer kita yang ternama Minaq Jinggo sewaktu Armand selaku Ketua Wira PERKASA menyoal balas Tan Sri Koh Tsoo Koon berhubung isu RACIST dan Penghinaan yang di keluarkan oleh Teng Hock Nam Naib Presiden GERAKAN terhadap PERKASA dan juga Tun Dr Mahathir Mantan PM kita.

Apabila Ketua Wira PERKASA bertanyakan isu Penghinaan yang di cetuskan oleh GERAKAN itu tan Sri Koh Tsoo Koon tidak dapat menjawap dan mengatakan beliau tidak terlibat sama sekali dengan kenyataan Naib Presiden nya Teng Hock Nam. Seolah olah Koh Tsoo Koon cuba melarikan diri dari menjawap soalan tersebut.

Apa pun yang di jawap oleh Koh Tsoo Koon ini hanyalah auta belaka, dan dia turut memohon maaf atas kenyataan Naib Presiden nya atas penginaan kepada PERKASA dan Tun Dr Mahathir. Namun kami tidak akan menerima maaf tersebut selagi GERAKAN tidak menyatakan permohonan maaf tersebut secara tepat melalui Media Masa dan Elektronik.

Dalam pada itu Gomo yang ada kebetulan di sebelah Minaq Jinggo dah keluarkan Buku PERLEMBAGAAN Malaysia untuk di berikan kepada Koh Tsoo Koon, namun tidak dapat berbuat demikian kerana Koh Tsoo Koon dah menyatakan telah menerima buku tersebut oleh Wira PERKASA Malaysia yang di hantar melalui POS LAJU.

Apa sekalipun Tan Sri Koh Tsoo Koon terkejut bila Armand dan Wira PERKASA yang hadir termasuk beberapa exco Perkasa mengepung beliau bagi menyoal penginaan kepada PERKASA dan Tun Dr Mahathir. Kami Wira PERKASA akan Terjah mana mana pemimpin yang tidak menghormati Perlembagaan Malaysia terutama hal yang membabitkan kepentingan Islam dan Orang Melayu.

H.O.M.
Hak Orang Melayu

Post By Papa Gomo

0 comments:

Post a Comment

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP