GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Namewee Perlu Mohon Maaf Secara Terbuka

Wednesday, December 15, 2010

Wira Perkasa tetap mahu Namawee minta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi media utama dan cipta lagu serta klip video untuk tujuan sama.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azhar Abu Haniffah berkata, walaupun Namewee sudah memohon maaf kepada Rakyat Malaysia dan menyuarakan kekesalan terhadap perbuatannya dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di parlimen, baru-baru ini, ianya tidak mencukupi.

"Walaupun dia dah minta maaf kepada kerajaan dan Menteri, kami mahu dia buat secara terbuka di akhbar-akhbar utama kerana tak semua orang tahu hasil pertemuannya dengan Nazri dan tidak semuanya dilaporkan.

"Kalau dia boleh cipta lagu dan klip video yang kontroversi itu, mengapa pula dia tidak boleh cipta lagu dan klip video minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu," kata Arman kepada Agendadaily selepas mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen, Isnin.

Dalam pertemuan dengan Nazri yang bermula 4.30 petang dan berlangsung selama sejam setengah itu, Arman ditemani oleh tiga orang ahli Wira Perkasa dan tujuh orang blogger.

Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 27 mencipta nama dari kontroversi klip video rentak rap lagu Negara Ku dan klip video berjudul 'Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!!

Minggu lalu Namewee mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen untuk memberi penjelasan terhadap tindak tanduknya yang menurutnya telah disalahertikan oleh sebilangan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu.

Sementara itu, Arman berkata beliau turut bertanya kepada Nazri mengenai permohonan Namawee untuk mendapatkan geran bagi membiayai penerbitan filemnya yang bertemakan 1Malaysia.

"Saya beritahu Nazri sekiranya Namawee boleh diberikan geran, kami (Perkasa) pun mahu memohon geran kerana kami juga merancang membuat filem bertemakan 1Malaysia," katanya.

Bagaimanapun kata Arman, Nazri memberitahu bahawa Namawee dan Wira Perkasa harus melalui proses yang biasa seperti penerbit-penerbit filem yang lain, iaitu menerusi Finas atau Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Arman juga memberitahu Perkasa akan mengadakan satu perhimpunan Wira Negara Revolusi 1Malaysia di Bukit Jalil pada 1 hingga 9 Januari tahun depan.

Katanya perhimpunan itu akan mengumpulkan kumpulan belia yang sering dikatikan dengan budaya gangsterism, mat rempit, mat lepak dan penari jalanan. – 13/12/10

Sumber Agenda Daily
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP