Al Fatihah....
Thursday, December 30, 2010
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone Read more...
Wira Perkasa tetap mahu Namawee minta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi media utama dan cipta lagu serta klip video untuk tujuan sama.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azhar Abu Haniffah berkata, walaupun Namewee sudah memohon maaf kepada Rakyat Malaysia dan menyuarakan kekesalan terhadap perbuatannya dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di parlimen, baru-baru ini, ianya tidak mencukupi.
"Walaupun dia dah minta maaf kepada kerajaan dan Menteri, kami mahu dia buat secara terbuka di akhbar-akhbar utama kerana tak semua orang tahu hasil pertemuannya dengan Nazri dan tidak semuanya dilaporkan.
"Kalau dia boleh cipta lagu dan klip video yang kontroversi itu, mengapa pula dia tidak boleh cipta lagu dan klip video minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu," kata Arman kepada Agendadaily selepas mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen, Isnin.
Dalam pertemuan dengan Nazri yang bermula 4.30 petang dan berlangsung selama sejam setengah itu, Arman ditemani oleh tiga orang ahli Wira Perkasa dan tujuh orang blogger.
Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 27 mencipta nama dari kontroversi klip video rentak rap lagu Negara Ku dan klip video berjudul 'Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!!
Minggu lalu Namewee mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen untuk memberi penjelasan terhadap tindak tanduknya yang menurutnya telah disalahertikan oleh sebilangan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu.
Sementara itu, Arman berkata beliau turut bertanya kepada Nazri mengenai permohonan Namawee untuk mendapatkan geran bagi membiayai penerbitan filemnya yang bertemakan 1Malaysia.
"Saya beritahu Nazri sekiranya Namawee boleh diberikan geran, kami (Perkasa) pun mahu memohon geran kerana kami juga merancang membuat filem bertemakan 1Malaysia," katanya.
Bagaimanapun kata Arman, Nazri memberitahu bahawa Namawee dan Wira Perkasa harus melalui proses yang biasa seperti penerbit-penerbit filem yang lain, iaitu menerusi Finas atau Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Arman juga memberitahu Perkasa akan mengadakan satu perhimpunan Wira Negara Revolusi 1Malaysia di Bukit Jalil pada 1 hingga 9 Januari tahun depan.
Katanya perhimpunan itu akan mengumpulkan kumpulan belia yang sering dikatikan dengan budaya gangsterism, mat rempit, mat lepak dan penari jalanan. – 13/12/10
Sumber Agenda Daily
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PROGRAM AMAL WALK4GAZA BERSAMA YABHG TUN DR.MAHATHIR
Program Amal Walk4Gaza : Jejak Iktiraf Kemanusiaan utk Gaza
Tarikh : Sabtu, 11hb Dis 2010, jam 5 ptg bermula di Dataran Masjid Putrajaya.
Pakaian : Baju Putih.
Tujuan adalah utk mengumpul dana bg Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan menggesa pembebasan sekatan ke atas Gaza, (web : www.perdana4peace.org)
Walk4Gaza adlh anjuran MBFM dan GAPROF dgn kerjasama PGPF, Skuad Sayang Wanita, Gabungan NGO Malaysia, FELDA, Karyawan, PEWARIS, WIRA PERKASA, PERKIM, Kolej Poly Tech Mara, dll.
Aturcara program :
4.20 ptg - solat Asar berjemaah di Masjid Putrajaya
5.00 ptg - Bacaan doa
Ucapan YABhg Tun Dr.Mahathir
5.15 ptg - Berjalan kaki beramai2 ke Dataran Pancarona (Hadapan Palace of Justice) diiringi 400 pemain kompang
6.00 ptg - Tandatangan beramai2 sbg Sokongan kpd Pembebasan Sekatan ke atas Palestin!
Antara yg telah mengesahkan kehadiran sebagai sokongan ialah Dato Jefrey Din, Hattan, Ramli Sarip, Que Haidar, Cikgu Siti Hajar (guru vokal AF) dan ramai lg.
Sukarelawan utk PGPF amat dialu2kan.
"FREE PALESTIN"
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saya Selaku Ketua Wira ,
Dato Nazri mahu Namawee diberikan pluang ke2. Bleh tapi perlu lalui PROSES penghakiman kerana beliau telah melakukan 'offence against the state' dan tidak perlu ada aduan oleh mana2 pihak.Ianya tangongjawab pihak perlaksanaan undang2 krajaan.Mereka2 yg berkerja dgn krajaan mudah d ambil tindakan melalui 'Lembaga Disiplin'dan bagaiamana org awan yg mudah d lepas dari tindakan undang2..
Kesan kes Namawee akan berpanjangan dalam hati dan fikiran orang2 melayu dan kaumnya tentu gembira,mudah mudahan mereka akan undi BN dlm PRUI3 nanti..
drpd Arman Ketua Wira Perkasa.
HOM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
© Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP