GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Sidang Media PERKASA Kecewa Dengan Isu Racist Yang Berat Sebelah

Thursday, November 11, 2010



November 11, 2010KUALA LUMPUR, 11 Okt – Perkasa mempertikaikan tindakan menggantung tugas terhadap pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) dan dua pengetua sekolah, yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Justeru Perkasa meminta kerajaan mengkaji semula hukuman tersebut yang disifatkan tidak adil terhadap kedua-dua kakitangan awam itu.

Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor dan penolong pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husain didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Siti Inshah didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Hamim pula didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis pada satu majlis tertutp anjuran Puteri Umno September lalu.

Kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan disiplin dengan digantung daripada tugas masing-masing.

“Perkasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan ini yang begitu pantas mengambil tindakan terhadap mereka sedangkan banyak isu-isu perkauman yang dibangkitkan orang bukan Melayu tidak pula diambil sebarang tindakan.

“Jadi kita minta supaya kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut kerana nampak wujudnya ‘double standard’ dalam isu menjatuhkan hukuman dalam hal-hal berkaitan perkauman.

“Perkasa merasakan ia seolah-olah berat sebelah, apa sahaja yang disuarakan orang Melayu dianggap semua salah tapi apa yang dibangkitkan orang bukan Melayu yang dilihat mencabar Perlembagaan Persekutuan pula tiada sebarang tindakan diambil,” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar ketika sidang media di sini.

Menurut Abdul Rahman, kerajaan perlu adil dalam mengambil tindakan terhadap isu-isu berkaitan perkauman yang dibangkitkan.

“Bila orang Melayu bersuara dikatakan rasis, tapi bila bukan orang Melayu mencabar Perlembagaan Persekutuan tidak mengapa.

“Kita mahu tindakan tegas diambil terhadap Namewee, tapi sehingga sekarang tiada apa-apa yang berlaku. Bila membabitkan orang Melayu begitu cepat tindakan diambil.

“Perkasa ingin tanya apakah alasan-alasan yang dipakai Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Namewee?

“Kita minta supaya Jabatan Peguam Negara tidak berlengah-lengah untuk mengambil tindakan terhadap Namewee kerana apa yang dibuat lebih teruk daripada yang dikatakan kedua-dua kakitangan awam itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah pula mahu Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas sesiapa sahaja yang menghina orang Melayu dan juga Raja-raja Melayu.

“Kita minta supaya Kementerian Dalam Negara dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas dalam isu perkauman ini.

“Kalau tiada sebarang tindakan diambil sehingga Hari Raya Haji, kita akan menyerahkan memorandum terhadap kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Peguam Negara.

“Kita harap tindakan tegas diambil terhadap mereka yang tidak menghormati orang Melayu dan Bumiputera. Tindakan tegas perlu diambil, kita tidak mahu keputusan yang diambil itu hanya berlandaskan faktor politik sahaja,” katanya.

Pada sidang media itu juga, Abdul Rahman berkata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sudah semakin sembuh selepas menjalani pembedahan jantung bulan lalu.

“Beliau (Ibrahim) sudah semakin sembuh dan kita harap beliau dapat bersama-sama kita tidak lama lagi,” katanya.

HOM
Hak Orang Melayu

1 comments:

Gerakan Timur November 12, 2010 at 2:29 PM  

Papa Gomo,

Pinjam post... nak tampal kat blog GT.

Terima kasih...

Post a Comment

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP