GABAR GAMBAR PERKASA

GABAR GAMBAR PERKASA
Klik Gambar

Demo Aman Kecaman Pada Zionis Berjaya Dengan Kehadiran Seluruh NGO

Wednesday, June 2, 2010


Moin Mohmaed Habib
Warga Palestin

Gambar di atas merupakan gambar seorang peserta demo anti israel di hadapan kedutaan U.S pagi tadi yang mana menghimpunkan lebih kurang 500 orang hadirin dari pelbagai Ngo Ngo dalam menyuarakan bantahan kepada kerajaan US agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Israel rakan sekutu US.

Lelaki Palestin ini cuba mengelar lehernya dan juga perutnya kerana kemarahan yang amat sangat terhadap kekejaman rejim Zionis yang telah membunuh ribuan rakyat Palestin. Pihak polis telah berjaya mengawal lelaki Palestin itu dan embawanya ke Hospital bagi mendapatkan rawatan dan seterusnya melakukan siasatn terhadap tindakan cubaan membunuh dirinya itu.

Dalam kekecohan itu segala protes Demo aman pagi semalam berjalan dengan lancar dan memorandum bantahan kepada Israel juga telah dapat di hantar melalui Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali kepada Duta U.S.




Program Demo aman pagi semalam telah di jayakan dengan begitu baik di mana telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 500 orang dalam waktu yang amat singkat. Ketua Wira Perkasa saudara Armand mengetuai para pemuda pemuda dalam melakukan demo aman tersebut dan berjaya mengawal keadaan agar tidak menjadi huru hara sama sekali.

Syabas Ketua Wira Perkasa saudara Armand dan juga kepada barisan Eco serta Ahli Perkasa yang lain kerana lantang dan berani bertindak dalam menyuarakan kecaman kepada Israel.

Semoga Seluruh peserta Misi bantuan Gaza yang di tahan dalam kawalan Zionis berjaya pulang dengan sellamat. Sama sama kita mendoakannya.

Hancur Rejim Zionis

H.O.M.
Hak Orang Melayu

0 comments:

Post a Comment

WIRA PERKASA FACEBOOK

WIRA PERKASA FACEBOOK
Klik Gambar

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP